2019 Yayasan Solok Saga Maulid Ad-Dibai

Sambutan Majlis Maulidurrasul Yayasan Solok Saga dia adakan pada 2 Mac 2019 di dewan MPJ Sri Umbai, Merlimau, Melaka.

Majlis ini menjemput tetamu-tetamu instimewa kami seramai 1600 yang terdiri dari anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, fakir miskin serta masyarakat kampung pekan Umbai dan sekitarnya.

Sambutan ini merupakan majlis tahunan yang diadakan sempena Maulidurrasul di samping menjamu tetamu-tetamu istimewa kami serta orang-orang kampung.

Majlis yang di anjurkan oleh jemaah Yayasan Solok Saga yang datang dari Singapura, Kuala Lumpur, Kedah dan Melaka sendiri di ketuai oleh pengerusinya Hj.Mohd Rabu Bin Kasim Al-Haj.

Tahun ini Majlis di meriahkan lagi dengan kehadiran untuk pertama kali 21 kelab motor-motor besar dari Singapura terdiri dari 70 buah motosikal dan kehadiran lebih 100 orang bikers bertemakan “Charity Ride with Orphanages”.

Juga kami berterimakasih kepada pihak jentera Bomba Merlimau atas kehadiran dan mengadakan pameran static Bomba.

Terimakasih kami juga kepada Indocafe yang menyediakan minuman percuma kepada tetamu dan orang ramai serta penderma-penderma individu bagi melengkapkan majlis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *