Majlis Bersama Anak-anak Yatim Nov.2019

9hb November 2019

November ini Yayasan menganjurkan majlis jamuan makan kepada anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz di Dewan Sri Umbai, Merlimau, Melaka.

Majlis ini meraikan seramai 400 anak-anak dari sekolah-sekolah sekitar Serkam, Umbai dan Muar. Anak-anak ni di hidangkan dengan nasi beryani serta di berikan wangsaku pada akhir majlis. Persembahan nyanyian dan tarian serta persembahan silat oleh anak-anak ini meriahkan lagi suasana majlis.

Segala urusan penganjuran di lakukan oleh ajk-ajk yayasan serta jemaah dan keluarga-keluarga dari Singapura dan Melaka terutamanya dari Kg.Morten dan sekitarnya.

Majlis kali ini merupakan persediaan awal untuk upacara Maulid pada tahun hadapan iaitu pada 22hb Febuari 2020. Kumpulan gerak kerja 2020 dan tabung kutipan juga dilancarkan bersama untuk majlis tersebut.

Kami dari pihak Yayasan juga ingin mengucapkan terimakasih kepada penderma-penderma dari dalam dan luar negara yang tutut sama menyumbang kepada majlis hari ini. Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan di berkati dan di rahmati olehNya.

Thank you for the support from all of our donors and friends from Malaysia , Singapore and all over the world to raise funds for our charity drive for the orphanages. Please goto our website and look for the Donation link and help the orphanages.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *